GO UP

Destinasi

SENARAI DESTINASI MENARIK

Arked Niaga Padang Besar
Arked Niaga Padang Besar terletak di bahagian utara Negeri Perlis dan bersempadan dengan Negara Thailand. Arked niaga ini merupakan lokasi membeli-belah pelbagai barangan terutamanya yang diimport dari negara jiran (Thailand) seperti makanan, pakaian, perhiasan dan kelengkapan rumah. Arked niaga ini […]
Bukit Tok Dun
Bukit yang dimaksudkan dikenali sebagai Bukit Tok Dun terletak di sempadan Perlis dan Kedah. Bukit setinggi 325m ini terletak di dalam kawasan Felda Laka Selatan.  Bukit ini berada tidak jauh dari MRSM Arau dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau. Sebenarnya […]
Galeri 3D Gua Kelam
Galeri 3D Gua Kelam atau lebih dikenali sebagai Galeri Gua Kelam merupakan pameran berbentuk pengalaman penjelajahan dalam gua yang diterjemahkan melalui gabungan pameran bahan grafik 3 dimensi (3D) – bunyi-bunyian alam, pameran spesimen, artifak, replika gua dan informasi dalam bentuk kod QR.
Kampung Wai
Kampung Wai di Kuala Perlis bagaikan sebuah “alam baharu” yang sangat mempersonakan. Ia merupakan pembinaan terusan sepanjang 3 km dari Kampung Wai ke Muara Kuala Perlis. Mereka yang mencintai alam semula jadi dan menikmati keindahan dengan menelusuri bukit batu kapur berusia 500 […]
Kampung Warisan Tradisi Nelayan
Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis ialah sebuah perkampungan nelayan tradisional, namun kini berubah meniadi perkampungan warna-warni yang indah selepas pelaksanaan Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis yang dikemudikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis […]
Kangar Street Art
Kangar Street Art terletak di tengah-tengah Bandar Kangar. Ia diterjemahkan melalui mural di dinding bangunan di tengah bandar. Ia menjadi tarikan kepada orang ramai dan juga pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Mural ini dilukis bagi menyerlahkan tarikan dan menjadi […]
Muzium Kota Kayang
Muzium Kota Kayang merupakan pusat penyebaran maklumat yang memelihara dan mempamerkan harta warisan sejarah negeri Perlis. Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di […]
Superfruits Valley
Superfruits Valley ialah ladang Superfruits terbesar di Malaysia yang menanam buah Ara, buah Gac, Limau, buah Markisa, dan banyak lagi. Produk Superfruits adalah yang terbaik dan berkhasiat kepada semua untuk dinikmati yang merupakan keutamaan dalam membentuk kesejahteraan dan kesihatan masyarakat. […]
Taman Eko-Rimba Bukit Ayer
Kompleks Eko-Pelancongan Sungai Batu Pahat merupakan pusat eko-pelancongan keluarga yang terkenal di negeri Perlis. Lokasinya terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis dan jarak perjalanan dari Bandar Kangar adalah sejauh 12 kilometer. Kompleks Eko-Pelancongan Sungai Batu Pahat adalah dibawah seliaan dan […]
Taman Eksotik Buah-Buahan (Taman Anggur)
Taman Eksotik Buah-Buahan (Taman Anggur) terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis.
Tasik Melati
Tasik Melati ialah sebuah tasik yang kecil dengan airnya yang cetek. Lebih daripada 150 buah pulau beting pasir boleh dilihat bertaburan di tasik ini. Siarkaki telah dibina merintangi tasik ini untuk membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Di sepanjang siarkaki ini juga disediakan tempat beristirahat. Tasik Melati terletak di utara Kangar, Perlis, Malaysia. Ia ialah sebuah tasik yang kecil tetapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.
Tasik Timah Tasoh
Tasik Timah Tasoh ini bukanlah sekadar tasik biasa, ianya sebuah tasik yang sangat indah, sehingga dijadikan lokasi pergambaran muzik video dan drama kerana keindahannya yang tidak terkata. Di sekitar tasik ini anda dapat melihat dusun buah-buahan yang subur seperti buah […]
Wang Kelian View Point
Wang Kelian View Point merupakan salah satu destinasi popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara di Perlis. Terletak pada ketinggian 304 meter dari aras laut, pada laluan ke sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan ke sini mengambil masa sekitar 30 minit dari bandar […]