GO UP

Wang Kelian View Point

separator
Scroll down

Wang Kelian View Point

Wang Kelian View Point merupakan salah satu destinasi popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara di Perlis. Terletak pada ketinggian 304 meter dari aras laut, pada laluan ke sempadan Malaysia-Thailand. Perjalanan ke sini mengambil masa sekitar 30 minit dari bandar Kangar melalui beberapa pekan dan perkampungan dengan suasana yang mendamaikan. Wang Kelian View Point sememangnya antara lokasi yang wajib dikunjungi sekiranya berada di Perlis. Di sinilah juga lokasi popular orang ramai melihat awan karpet bergantung pada keadaan cuaca dan menikmati pemandangan landskap alam Perlis yang cantik.

Tour Location