GO UP

Tasik Timah Tasoh

separator
Scroll down

Tasik Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh ini bukanlah sekadar tasik biasa, ianya sebuah tasik yang sangat indah, sehingga dijadikan lokasi pergambaran muzik video dan drama kerana keindahannya yang tidak terkata. Di sekitar tasik ini anda dapat melihat dusun buah-buahan yang subur seperti buah durian, rambutan, mangga dan durian Belanda, anda boleh petik terus sahaja dari pokok kalau anda menginap di Tasoh Lake Resort & Retreat.

Ini baru pengalaman di desa yang sebenar! Bagi anda yang kaki pancing pula, jom memancing di tasik ini yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan air tawar seperti Gelang Pam, Haruan, Ubi, Talapia dan Keli. Dah dapat ikan tu nanti, terus saja bakar tepi tasik ni, boleh dinikmati segar-segar sambil bersantai di gazebo Tasik Timah Tasoh.

Tour Location