GO UP

Tahun Melawat Perlis 2024

Lebih banyak hotel, taman tema dialu-alukan dibangun di Perlis

5 Januari 2024

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan lebih banyak pelaburan berteraskan pelancongan dibangunkan di negeri ini.

Titah baginda, Ia merangkumi hotel, taman tema, menara tinjau dan beberapa infrastruktur lain dalam usaha menambah baik sektor tersebut.

“Golongan muda tempatan turut digalakkan untuk menceburi bidang ini khususnya yang berteraskan perkhidmatan bagi memastikan ianya mampu berterusan dan menjadi tulang belakang dalam menyokong industri pelancongan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menyerahkan cendera kenangan sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025 kepada Pengurus Besar Kawasan Holiday Villa Hotel & Residence di Doha, Joey Chen di Qatar baru-baru ini.

pBerangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanada-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

“Kedudukannya yang strategik terletak di tengah-tengah Doha berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, pusat pelancongan yang terkenal (Souq Waqif, Kampung Budaya Katara dan Corniche), pusat aktiviti perniagaan seperti pusat Pameran dan Konvensyen Doha, Zon Aspire dan mercu tanda terkenal yang lain menjadikannya ideal untuk para pelancong bagi tujuan perniagaan mahupun percutian,” katanya.

Tambahnya, hotel berkenaan juga terkenal dengan masakan asli Malaysia dan Asia serta menyajikan sarapan ketika hujung minggu Malaysia, makanan tengah hari Malaysia dan menu set Asia Cina dan Jepun selain perisa yang menjadikan nama Malaysia sebagai ‘Truly Asia’.

“Holiday Villa Doha telah berjaya memikat hati para penginap dan penduduk tempatan dengan Icono View Restaurant, sebuah restoran yang menyajikan masakan Arab, India, Asia dan juga Barat. D-Villa Residence, CitiVilla Hotel & Service Residence dan ViVilla Resort & Residence juga merupakan sebahagian daripada Holiday Villa Hotel & Residence di Doha, Qatar,” katanya.

Untuk rekod, baginda pernah melancarkan kempen promosi masakan Perlis sebanyak dua kali sebelum ini iaitu di Lagenda International Restaurant Holiday Villa 1 pada Mei 2012 dan Seri Kebaya Restaurant Souq Waqif pada 2 Oktober 2013 yang kini sudah tidak lagi beroperasi.-UTUSAN

Leave a Reply