Taman Rimba Herba

Taman Herba Perlis yang berkeluasan 12 hektar ini terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Bukit Ayer dan Taman Ular dan Reptilia. Taman Herba Perlis ini berfungsi sebagai bank genetik untuk keseluruhan jenis tumbuhan herba. Anda sekeluarga bukan sahaja dapat melihat dan menyentuh tumbuhan ini tapi boleh juga mengambil peluang untuk merasa tumbuhan-tumbuhan berkhasiat ini asalkan tak merosakkan pokok.
Dianggarkan sebanyak 721 spesies herba ada dikawasan ini yang terdiri daripada spesies Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekur, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu Manis dan lain-lain lagi.
Rimba Herba berpotensi sebagai “muzium hidup” yang mempamerkan tumbuhan herba tempatan di mana taman ini sangat sesuai dijadikan destinasi kunjungan utama bagi mereka yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan tumbuh-tumbuhan tempatan yang mempunyai nilai perubatan.