GO UP

Tahun Melawat Perlis 2024

KLUSTER JEJAK PELANCONGAN

1. Jejak Pelancongan Eko

Cadangan pembangunan pelancongan eko memfokuskan pembangunan produk-produk ekologi yang berasaskan sumberjaya semulajadi. Pembangunan akan menekankan kepentingan mewujudkan pembangunan produk-produk pelancongan eko yang lestari dan memberi impak yang rendah kepada alam semulajadi dengan menerapkan usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang mampan.

2. Jejak Pelancongan Membeli Belah dan Makanan

Membeli-belah mendorong perjalanan melancong. la merupakan sumber lanskap ekonomi negara kerana industri -belan mempercepatkan pembangunan dan merealisasikan aspirasi negara. Konsep pembangunan membeli-belah harus menjurus kepada konsep ‘perniagaan sempadan’ yang merangkumi kawasan Padang Besar selaras dengan cadangan yang digariskan di dalam Draf Rancangan Tempatan Malis Perbandaran Kangar Perlis 2035 (Penggantian) untuk Padang Besar sebagai ‘Bandar Sempadan’. Cadangan untuk mengetengahkan produk pelancongan berasaskan makanan (gastronomic tourism) juga sangat penting bagi menarik pelancong yang mementingkan keunikan makanan negara yang dilawati. Pelancongan makanan adalah penerokaan makanan sebagai tujuan pelancongan.

3. Jejak Pelancongan Agro

Pelancongan agro adalah konsep pelancongan yang semakin popular di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis aktiviti berkait rapat dengan sektor pertanian. Cadangan pembangunan pelancongan agro menekankan aspek pembangunan produk-produk agro di Negeri Perlis yang kaya dengan pelbagai aktiviti-aktiviti pertanian seperti penanaman, penternakan, perikanan dan industri asas tani. Selain itu, guna tanah pertanian merupakan guna tanah terbesar di Negeri Perlis membuktikan bahawa pembangunan pelancongan agro sememangnya sesuai dan berpotensi untuk dibangunkan di negeri ini.

4. Jejak Pelancongan Sejarah, Warisan, Seni dan Budaya

Pelancongan warisan merupakan satu bentuk pelancongan untuk melihat segala khazanah warisan yang diwarisi daripada generasi terdahulu seperti sejarah, kebudayaan, kesenian, alam semulajadi, artifak dan lain lain (Razak, 2006). Swarbrooke (1994) mendefinisikan pelancongan warisan sebagai ‘pelancongan berasaskan warisan, di mana warisan itu sendiri adalah tunjang utama bagi produk yang ditawarkan, dan warisan adalah faktor motivasi (penggalak) utama kepada pelawat atau pelancong’.

5. Jejak Pelancongan Sukan dan Rekreasi

Pelancongan sukan dan rekreasi merupakan salah satu cabang di dalam industri pelancongan di sesuatu kawasan dan ianya merujuk kepada individu yang melancong ke sesuatu destinasi bertujuan untuk menyertai ataupun menghayati pelbagai acara sukan. Pembangunan pelancongan sukan dan rekreasi perlu menekankan aspek pembangunan produk-produk pelancongan sukan dan rekreasi dari segi kemudahan-kemudahan asas dan kemudahan sokongan di dalam menarik pelancong untuk melancong ke Negeri Perlis.

Leave a Reply