NEGERI PERLIS
Perlis (Jawi: ڤرليس, Bahasa Thai: ปะลิส Pâlit, ปลิศ Palit atau เปอร์ลิศ Perlis) merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.
Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk.