GO UP

Tahun Melawat Perlis 2024

Pembukaan Semula Zon Aliran Bebas Wang Kelian Bakal Menjadi Kenyataan

14 Mei 2024 (Selasa)

Oleh: Asyraf Muhamad

SAIFUDDIN Nasution Ismail mendengar penerangan seaktu kunjungan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, Perlis hari ini. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

PADANG BESAR: Harapan untuk melihat pembukaan semula zon aliran bebas Wang Kelian disini bagi merancakkan semula ekonomi dan pelancongan disitu mungkin bakal menjadi kenyataan.

Hal demikian kerana kerajaan sudah mempunyai perancangan ke arah pelaksanaan pembukaan semula zon aliran bebas Wang Kelian tersebut yang ditutup sejak 2015 itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi tujuan itu, kerajaan Persekutuan telah menyatakan komitmen menerusi kelulusan peruntukan sebanyak RM30 juta sebelum ini untuk pelaksanaan beberapa komponen penting dalam pembukaan semula zon aliran bebas.

Beliau berkata, antara perancangan adalah membabitkan pembangunan semula di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian.

“Komponen bagi pembangunan semula Kompleks ICQS Wang Kelian ini bakal menempatkan semua agensi-agensi keselamatan utama di negara ini yang akan bergabung di bawah Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA).

“Komponen lain termasuklah laluan yang direncanakan iaitu empat lorong membabitkan inbound dan empat lorong outbound berbanding sekarang hanya satu lorong sahaja,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Kompleks ICQS Wang Kelian disini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply