Bukit Tok Dun
Bukit yang dimaksudkan dikenali sebagai Bukit Tok Dun terletak di sempadan Perlis dan Kedah. Bukit setinggi 325m ini terletak di dalam kawasan Felda Laka Selatan. Bukit ini berada tidak jauh dari MRSM Arau dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau. Sebenarnya bukit berkenaan bukannya baharu, tetapi ia seperti dijelmakan semula selepas pemilik tanah, Felda Global Venture (FGV) melakukan pembersihan kawasan bagi tujuan pertanian.
Bukit Tok Dun terletak di Pauh kira-kira 20km dari Kangar dan 5km dari pekan Changlun. Keindahan bukit-bukit diselubungi awan memang sangat mengagumkan. Yang mana berminat dalam pendakian wajib datang ke sini untuk menikmati keindahan Bukit Tok Dun. Terdapat juga anak-anak muda Perlis telah mulai mendaki sejak lepas subuh untuk melihat matahari terbit dan ‘awan karpet’ yang dikatakan menyelubungi puncak bukit ini dimana kita akan berada diatas awan.
-
Destination